Ramai orang boleh melaksanakan syariat lahir, boleh bersembahyang, puasa, zakat,
naik haji, baca Al Quran dan lain-lain lagi
Mengerjakan syariat batin sangat lemahnya
Seperti susah hendak sabar, payah berkasih sayang, berat memberi maaf
dan meminta maaf, tidak ada belas kasihan, tidak mudah redha
Apatah lagilah rasa bertuhan, rasa rendah diri, rasa hina, rasa hamba, rasa berdosa dan bersalah, rasa bertimbang rasa dan bertolak ansur
Kerana itulah akhlak mulia tidak lahir dari orang yang beribadah seperti bersembahyang, puasa, naik haji, baca Al Quran, berdakwah dan berjuang
Padahal dari syariat batin itu lahirlah akhlak yang mulia
Akhlak yang mulia itulah pandangan Allah, pandangan Rasul dan pandangan manusia
Orang yang bukan Islam masuk Islam kerana akhlak yang mulia yang ada pada umat Islam bukan kerana banyak ibadahnya
Orang Islam yang lemah agamanya akan sedar dan insaf kerana melihat akhlak mulia orang Islam yang bermujahadah dan bersyariat
Hari ini payah orang hendak masuk Islam kerana bunga diri tidak ada pada umat Islam iaitu akhlak yang mulia
Orang Islam yang liar susah hendak diinsafkan kerana orang yang lahirnya beragama pun tidak ada akhlak yang mulia
Bahkan orang takut dan benci dengan Islam dan umat Islam
Islam hanya tinggal kulit sahaja
Isi tidak ada, penghayatannya atau rohnya kosong, hanya tinggal rangka
Bangkai bernyawa
Hanya tinggal bangkai dan tulang yang masih berjalan macam hantu jerangkung yang menakutkan
Menakutkan manusia
Orang lari dari Islam, kerana perbuatan umat Islam
Kerana memburukkan Islam yang sudah tidak asli lagi oleh penganut-penganutnya
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi